• Privacy Policy
  • Sample Page
Film
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Film
No Result
View All Result

N2008097 DEMI JUTA, KUPU KUPU MALAM DINIKAHI PRIA BERISTRI! Part 2

admin79 by admin79
August 19, 2025
in Uncategorized
0
N2008097 DEMI JUTA, KUPU KUPU MALAM DINIKAHI PRIA BERISTRI! Part 2

10 Hotel Terbaik di Johor Bahru

By justin.ng@mysoftinn.com – Dec 10, 2018 (Last Updated Jan 15, 2020)

Johor Bahru merupakan ibu kota kepada negeri Johor, terletak berdekatan dengan Singapura. Bandar ini merupakan salah satunya bandar yang mampu menandingi Kuala Lumpur dari aspek pertumbuhan ekonomi. Sebabnya terletak pada faktor geografi. 

Oleh kerana lokasinya yang berhampiran dengan Singapura, warga Singapura sering mengunjungi Johor Bahru pada hujung minggu dan ramai penduduk Johor Bahru pula bekerja di Singapura walaupun menetap di Johor Bahru kerana perbezaan mata wang sehingga tiga kali ganda. Dengan ini, Johor Bahru mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan Singapura yang membolehkan bandar ini berkembang dengan pesat.

Perkembangan ekonomi ini pula kemudiannya memberi ruang penambahbaikan kepada sektor pelancongan dengan meningkatkan jumlah pelaburan. Antara hasilnya yang boleh dilihat jelas adalah dari bilangan pusat membeli-belah di Johor Bahru. Antaranya termasuklah Johor Bahru City Square, Holiday Plaza, Komtar JBCC, KSL City, Paradigm Mall, Plaza Pelangi, Plaza Kotaraya dan Danga City Mall. Jadi pelancong-pelancong yang mengemari aktiviti membeli-belah, Johor Bahru memanglah satu destinasi yang mesti dikunjungi!

            

https://giphy.com/embed/Zx0W4fvmDh2w7i0J1C

Selain itu, banyak lagi yang boleh di buat di bandar ini. Untuk aktiviti riadah, kami mengesyorkan Danga Bay; taman rekreasi yang terbesar di Johor Bahru terletak berdekatan Istana Bukit Serene lebih kurang 7 km daripada kota bandar. Taman ini merangkumi 25 km kawasan tepi pantai termasuk 15 padang golf. Selain itu, bandar ini juga mempunyai beberapa padang paintball dan boleh digunakkan untuk aktiviti off-road motorsports.

Jika anda tidak berminati aktiviti sukan ekstrem, jangan risau kerana terdapat banyak lagi aktiviti riadah di Johor Bahru. Zoo Johor sebagai contohnya adalah sesuai untuk seisi keluarga mahupun kumpulan kawan. Zoo ini mempunyai lebih daripada seratus spesies haiwan termasuk kucing liar, unta, gorila, orangutan, burung tropika dan banyak lagi. Pelawat juga boleh mencubai aktiviti menunggang kuda!

            

https://giphy.com/embed/mLZfV7y2u2g0M

Johor Bahru juga mempunyai tarikan sejarahnya. The Grand Palace adalah salah satunya tarikan sejarah yang paling menarik di Johor Bahru dan juga adalah satu contoh seni bina bercirikan Victorian bersertakan satu taman yang memukaukan. Tambahan pula, Muzium Tokoh adalah sebuah bangunan kolonial terletak di puncak Bukit Senyum yang dibina pada tahun 1886! Lebih daripada 130 tahun lalu! Terdapat banyak lagi bangunan dan monumen bersejarah di Johor Bahru dan anda mestilah menerokainya sendiri jika mempunyai peluang berkunjung ke bandar ini.

Jadi sudahkah anda membuat keputusan untuk menuju ke Johor Bahru pada cuti yang akan datang? Tidak kira apa pun jawapannya, di sini telah kami senaraikan 10 hotel terbaik di Johor Bahru untuk disewa apabila anda mengunjungi bandar yang menarik ini.

New York Hotel 

New York Hotel merupakan hotel berkelas bisnes yang mempunyai 413 bilik! Perhentian yang ideal untuk semua pelancong dan perniagaan. Terletak di lokasi strategik untuk kemudahan anda iaitu di kawasan komersil dan hanya 10 minit daripada Johoh Bahru-Singapore Causeway dan 20 minit ke Lebuhraya Utara-Selatan.

Alamat  : 22, Jalan Dato Abdullah Tahir, Taman Abad, 80300 Johor Bahru, Johor

Harga    : Dari RM 167 / malam

Amerin Hotel Johor Bahru

Amerin Boutique Hotel, tambahan terbaru di Taman Perling, Johor Bahru. Hotel moden yang mempunyai 17 tingkat ini mempunyai 176 bilik yang unik direka untuk keseronokan perjalanan anda. Terletak berhampiran dengan Legoland, Iskandar Puteri, Hello Kitty dan Tuas Link Kedua, ia mempunyai gimnasium atas bumbung, kolam renang, pusat kesihatan & kecantikan, Chill Out Bar, Sky View Restaurant dan Gloria Jeans Coffees.

Alamat  : 35, Jalan Persisiran Perling 1, Taman Perling, 81200 Skudai, Johor

Harga    : Dari RM 161 / malam

Citrus Hotel Johor Bahru

Citrus Hotel Johor Bahru terletak hanya beberapa minit berjalan kaki dari stesen JB Sentral, CIQ (Kastam Imigresen Kastam) dan Pusat Beli-belah City Square. Selain itu, anda boleh dengan mudah mengakses mercu tanda terkenal seperti LEGOLAND Malaysia Resort, Taman Aktiviti Angry Bird, Sanrio Hello Kitty Town, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai serta Woodland Checkpoint dan Teksi berdiri ke Singapura.

Alamat  : 16, Jalan Station, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

Harga    : Dari RM 111 / Malam

Holiday Villa Johor Bahru City Centre

Hotel ini dibina untuk menyediakan tetamu dengan penginapan yang selesa, kemudahan dan standard perkhidmatan yang tinggi. Dengan lokasinya yang terkenal bersebelahan dengan CIQ (Custom Imigrasi, Kuarantin) dan dalam masa perjalananan satu minit berjalan kaki ke pusat membeli-belah utama, hiburan, restoran dan rekreasi menjadikan Holiday Villa Johor Bahru City Centre pilihan yang ideal. Tempat-tempat menarik berhampiran termaksud Johor Premium Outlets (JPO), Legoland, Hello Kitty Town, EduCity @ Iskandar kurang dari 30 minit memandu dari Holiday Villa Johor Bahru City Centre.

Alamat  : 260, Jalan Dato Sulaiman, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor

Harga    : Dari RM 305 / malam

The Puteri Pacific Johor Bahru

Puteri Pacific Johor Bahru bangga menjadi satu-satunya Hotel Konvensyen di Johor yang terletak secara strategik di Daerah Perniagaan Pusat. selain itu, hotel ini adalah satu-satunya pusat konvensyen di Johor Bahru yang mempunyai jambatan langit dari hotel, menjadikannya tempat yang paling mudah untuk tinggal dan makan jika anda berada di dalam perjalanan perniagaan.

Alamat  : Jalan Abdullah Ibrahim, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

Harga    : Dari RM 140 / malam

Geobay Hotel Johor Bahru

Geobay Hotel mempunyai sebanyak 102 bilik tidur. Semuanya dilengkapi dengan menarik dan banyak juga menyediakan keselesaan seperti tuala, lantai kayu / parqueted, rak pakaian, selipar. Di samping itu, pihak hotel menawarkan aktiviti rekreasi untuk memastikan anda mempunyai perkara untuk dilakukan sepanjang penginapan anda. Geobay Hotel merupakan pilihan yang bijak bagi pelancong ke Seoul, menawarkan penginapan yang santai dan mudah setiap kali.

Alamat  : PTD 103754, Jalan Indah 15/1, Taman Bukit Indah, 79100 Johor Bahru, Johor

Harga    : Dari RM 213 / malam

Goodhope Hotel

Terletak di Zon E di bawah Iskandar Malaysia Flagship, GoodHope Hotel Skudai-Johor Bahru pasti satu pilihan yang baik untuk semua pelancong perniagaan dan percutian. Dengan 180 bilik tamu yang baru diperbaharui, GoodHope Hotel Skudai-Johor Bahru menawarkan 4 bintang mesra moden dan kontemporari untuk semua tetamu. Semua bilik dan suite di hotel dilengkapi dengan perkhidmatan bilik, pembuat teh / kopi, kemudahan pancuran mandian air panas serta kelengkapan mandian yang diperlukan untuk pengalaman yang menyenangkan.

Alamat  : 1, Jalan Ronggeng 5, Taman Skudai Baru, 81300 Johor Bahru, Johor

Harga    : Dari RM 242 / malam

Grand Belllo Hotel JBCC

Grand Belllo Hotel JBCC menawarkan servis kelas pertama dan tiada tandingannya Johor Bahru City Central yang mempunyai sambungan yang lancar untuk pelbagai kemudahan dan tarikan. Hotel ini boleh diakses dengan mudah ke semua rangkaian pengangkutan yang terletak di kawasan hijau yang tenang dan subur untuk peremajaan yang santai. Dengan menggabungkan pesona dunia lama dan keindahan reka bentuk seni bina kolonial Eropah, dengan bakat moden panel kaca besar di seluruh bangunan untuk mendorong pencahayaan semulajadi, kami yakin bahawa gabungan yang bijaksana ini akan membawa kepada keselesaan yang luar biasa kepada pengalaman anda.

Alamat  : 48 Jalan Inderaputra 80300 Johor Bahru Malaysia

Harga    : Dari RM 160 / malam

Selain hotel-hotel di atas, kami juga mempunyai pelbagai homestay di Johor Bahru. Munkin kali ini anda boleh mencubai pengalaman tinggal di homestay. Klik imej di atas untuk melihat senarai tempat penginapan di Johor dan klik di bawah untuk mengetahui lebih banyak tentang homestay di Johor Bahru.

Homestay Murah di Johor Bahru

Jika anda tidak mempunyai bajet yang besar untuk percutian anda, jangan risau kami boleh membantu! Kerana admin juga kesempetan wang.. 

8 Homestay Sesuai Untuk Family Day di Johor

8 Homestay terbaik untuk keluarga anda di Johor! Tempahlah percutian sekeluarga anda bersama kami hari ini.

Sampai sinilah blog post mengenai senarai hotel terbaik di Johor. Harap usaha kami menulis blog ini tidak disia-siakan dan paling pentingnya dapat membantu anda dalam perancangan untuk cuti yang akan datang. Tidak melupai, lawatilah laman web LetsGoHoliday untuk menempah tempat penginapan yang best serta harga berpatutan di seluruh Malaysia!

Previous Post

N2108094 ISTRI DURJANA part 2

Next Post

N2008098 EP SISWI INI ANCAM AKHIRI HIDUP KARENA AIBNYA TERSEBAR! Part 2

Next Post
N2008098 EP SISWI INI ANCAM AKHIRI HIDUP KARENA AIBNYA TERSEBAR! Part 2

N2008098 EP SISWI INI ANCAM AKHIRI HIDUP KARENA AIBNYA TERSEBAR! Part 2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • N3008025 Wanita Cerdas Mengungkap Rencana Jahat wanita li part 2
  • N2608004 Wanita cantik in part 2
  • N2308135 Seorang wanita kaya yang sedang menguji sifat asli menantunya part 2
  • N2108122 Wanita itu tak menyangka akan bertemu kembali dengan pria dari pernikahan kilatnya, Tanpa disadari, pria malang tersebut ternyata adalah seorang CEO kaya raya part 2
  • N0809066 Revenge Queens Kick Back part 2

Recent Comments

No comments to show.

Archives

  • September 2025
  • August 2025

Categories

  • Uncategorized

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.

No Result
View All Result

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.